Friday, February 24, 2012

Rasa sedih

Rasa sedih pulak hari2 jumaat ni..salah satunya sb kes kat ofis ni. Pasal apa? biarlah aku jer yg tau tp mmg kes besar. Seminggu pun tak sudah lg kes ni & aku pun tak pasal2 tersangkut, terpaut sama. hmmmm..tenanglah hati.

Another thing yg menyebabkan aku jadi sedih adalah lepas baca blog mazidul berkenaan cerita adik Faris. Aku mmg pengikut blog mazidul cuma xletak jer dlm list blog aku. Tersentap & sayu bila tau adik Faris dah menghadap Pencipta pagi semalam. Anak yg selama ni sihat di hadapan mata, terlantar sakit dgn wayar2 yg berselirat. Kalau aku, mgkin aku tak setabah & sekuat kedua ibubapa Faris. Al-Fatihah untuk beliau..

Tuesday, February 21, 2012

Time tu...

Bila time tu..smua jd tak kena lg2 klu lmbt..isk. Rasa nak tido la. Nak bermalas2an. Gi holiday ke? gi shopping ke? main ngan anak2 ke?

Ko tgh keje ni Ta..

Friday, February 17, 2012

Bilik anak

Sekarang ni terfikir nak menata hias bilik anak sbb nak ajar diorg tido bilik sendiri. Bila ty dgn diorg, boleh ke tido bilik sendiri...jawapannya pasti la boleh tp abah/umi kena teman. Haihhh..sama jer la klu dlm keadaan sekarang.

Sebenarnya mmg kitorg dah belikan katil tuk diorg tp decoration mmg xde. Ado katil jer la :). Hendaknya diorg nak tido. Pernah sekali kitorg letak diorg dlm bilik tu (diorg dah tido dulu sblm naik ke bilik)..pagi2 dinihari, tgk dah ada dlm bilik kitorg..hmmmm xleh jadi ni. Kena pikirkan sesuatu utk diorg tertarik dengan bilik diorg tu.

Wednesday, February 15, 2012

Wahh..sudah lama

Lama sungguh xmengemaskini ini blog. Selalu tidak berkesempatan...tercari2 masa yg sesuai, cerita yg nak dikongsi bla..bla.. alasan jer ko Ta. baik ko ckp ko malas nak update.

Ini kira post pertama aku di tahun baru (dah nak abis bln 2 dah) . Nak citer pasal Along Nadim, dia dah start sekolah tadika & kitorang decide masukkan dia ke Tadika Ho, Serdang. Kenapa Tadika Ho sedangkan ko tak belajar pun bahasa cina tu... saja nak dia blajar susah dulu. Yela, tiap2 hari ada keje rumah..silibus mmg stail cina..mula2 mmg kesian tgk dia wat keje rumah tp dah lama2 timbul rasa tanggungjawab dia sendiri untuk menghabiskan keje sekolah dia (walaupun kitorg cukup tertekan menunggu dia sudahkan keje rumah dia, setiap huruf yg dia buat, kita kena puji. tu blm masukk lg iklan2 yg tidak diundang..ish3x). Insya Allah, tahun depan, kita masukkan dia ke tadika aliran agama pulak. Lagi satu perangai yg tidak aku gemari bila dah sekolah ni adalah selalu merajuk & kuat merengek..mmg menguju kesabaran kitorg berdua.

Angah Nassem pulak, sibuk nak suruh sekolahkan dia tp aku xnak. Bukan apa, aku nak dia main dahulu sblm start belajar secara formal. Aku ada alasan sendiri, yela sekarang ni semua kena pantas, budak2 ramai yang pandai diusia muda. Aku tak nafikan benda2 tu semua tp aku nak anak aku rasa life yg menyeronokkan sebelum mula belajar secara formal. Aku nak dia tak bosan belajar sampai ke tahap yg tertinggi. Lagipun bermain tukan satu pembelajaran juga. Cuma sekarang ni dia suka melakukan perkara yang dilarang dan sesuatu yg mencabar kesabaran dihati..ish3x angah3x...perkataan jangan tu mmg selalulah dengar dari mulut ni. Ke umur sekarang ni dia mmg selalu nak wat eksperimen. Dia ni gak suka buli adik dia..hmmm, dulu along yg slalu buli dia sekarang ni, along pun dah slalu kena dgn dia...suka main dgn along dia & suka juga gaduh dgn along dia..terjerit2 la suara kitorg melarang diorg ni bergaduh...kekadang aku biarkan jer asalkan xmemudaratkan. biarla terlalak2 sbb aku dah pesan awal2 klu gaduh, umi xkan layan.

Si bongsu, Naqeeb lak sekarang ni xsuka dilarang apa yg dia buat. memanjat gril dah ekspert, panjat sofa, tangga, meja kopi semua dah terrer cuma berjalan jer yg masih takut2..Gigi dah tumbuh 4 batang & akan keluar lagi 2 dibhgian atas. xmau makan bubur, nak makan nasi biasa tp kitorg lenyek2 kan sikit sbb dia xde gigi geraham lg. xleh nampak aku, nak mengikut jer. suka senyum2 & jelir2kan lidah dia..kenapa dek oii jelir2 lidah tuuuu.. Sekarang ni ada luka dibhgian kaki & telinga kanan. tiap2 malam letak minyak gamat sbb xnak berkudis nnt.

Dah la kot..klu ada lagi aku update..nak gi angkat kain dulu sbb nak hujan (aku halfday arini)

C

Thursday, December 8, 2011

Hehehehe...

Senyum lebar2...suke2 sbb org yg kita nyampah nak tgk, nyampah nak bertegur, nyampah nak pandang, nyampah nak berckp & mcm2 lg nyampah dah turun department lain...ringan beban aku bila xperlu pkirkan staff yg sorg ni...payah klu dapat staff yg lbh tua (beza 10 thn) dgn aku lps tu rasa cam diri tu bos. Xleh tegur langsung..kalau orang tegur, mula la melenting & ckp2 belakang sampai nak bomoh2kan aku..apakebenda la...xmatang langsung. Smua org kat mana2 tingkat pun menyampah dgn dia. Ckp kat dpn2 org mmg lembut, org kata lembut gigi dr lidah..pepaham sendiri la k...klu berborak, klu xde citer psl dlm kelambu, mmg xjln..dia akan cuba pesongkan ke citer2 tu...

Maleh la nak citer..apa2 pun aku happy dia xde kat unit kecik aku ni