Tuesday, April 5, 2011

Naqeeb Habree

Inilah permata hatiku yg terbaru..Naqeeb Habree (Naqeeb - Penjamin/Ketua, Habree - Kebahagianku). Lahir di Hospital Putrajaya pada 11.28 am, di hari jumaat dan yg penting dia tunggu hingga 01/04/2011..

Anakku ni dah lebih 4 hari drpd tarikh jangkaan dia. Sepatutnya dia keluar pada 28/03/2011 tp mungkin nak tunggu hari jumaat kot. Berat lahir, 4.49kg...mencipta sejarah kat hospital tu..kecoh tul time aku bersalin tu..ukur lilit kepala 38cm & panjang 54cm.

Nak melahirkan Naqeeb ni mmg menjadi sejarah betul buat aku. Mana taknya, abang2 dia sblm ni semuanya pecah ketuban dulu tp yg ni aku berkira2 bila dia nak keluar..risau dia lambat keluar, risau berat badan dia yg makin bertambah kat dalam tu, risau kalau bersalin normal nnt tersangkut bahu, semuanya aku risau tp alhamdulillah, berkat doa semua orang & suami yg sentiasa memberi semangat, akhirnya aku dapat melahirkan puteraku ini dengan NORMAL.

Masa minggu 38, aku pegi check up macam biasa & doktor scan baby & anggarkan baby agak besar drpd yg terdahulu..kira2 3.8kg..tu blm +/- 400g & beliau cadangkan aku untuk c-zer sbb takut kalau bersalin normal, kepala anak lepas tp takut bahu tersangkut..aku masih berkeras juga untuk bersalin normal sbb dalam keluarga aku, anak2 yg seterusnya mmg akan lebih berat/besar drpd yg sebelum.. Dua tiga kali gak dia nasihatkan aku tp aku masih gak nak bersalin normal.

Minggu ke 39, pergi lagi jumpa doktor & berat anak meningkat dan doktor bagi aku pilihan utuk c-zer, aku masih memilih utk vd juga. Bukan apa, aku xsanggup nak menempuh tempoh pemulihan yg agak panjang jika aku memilih utk bedah ni. Time ni juga doktor minta untuk check jalan..benda yg aku paling xsuka...huhuhuhu mmg xbuka apa pun lg. Doktor beri 1 minggu lg & kalau xde tanda juga, 3hb aku kena admit & paksa rela utnuk bersalin

Minggu ke 40, masih xde tanda2 nak bersalin walaupun contraction tu ada..aku anggap tu BH jer sbb xtetap & xkerap.. Time ni jugak aku bertekad untuk buat czer sbb anak dah lebih hari & aku takut dia bertambah besar. Hari rabu tu aku, aku gi hospital untuk terus admit & bgtau doktor yg aku nak czer...punya la lama aku tunggu drpd pukul 10.30am, pkul 2 baru doktor ada. Rupa2nya dia tengah sambut orang bersalin.. masuk2 bilik dia, kitorg terus scan & baby aku dah naik 4kg tp doktor bg pilihan kat aku tuk bersalin normal pulak..ish3x doktor ni, tengah aku dok bulat tekad nak czer, dia dok jolok2 aku tuk bersalin normal..dia leh bg cadangan kat aku camtu sbb baby yg dia baru sambut tu pun bsr drpd yg sblmnya. Dah jadi mcm lalang lak aku ni tp masih nak masuk hospital jugak. Doktor suruh aku admit esoknya.

Keesokkan pgnya, aku terus daftar masuk wad dan mula puasa sbb dalam pukul 5 aku akan masuk OT utk czer..time2 ni aku still pk utk bersalin normal jugak..

4 comments:

nannoor said...

tahniah ita!!

amik fpp ek dgn doc hamidah? duk ward 5A jugak ek?

best kan doc hamidah + wad 5A tu. heheee

NADIM HARITH said...

ni terpengaruh ngan ko la ni :) hihihihi.. tp mmg best dr tu.lembut jer orgnye..misi2 kat wad 5A tu mmg betul2 membantu & mesra.

nannoor said...

mmg best kan. gynae + ward 5A. staf situ sume very helpful.
sharing is caring.

darling said...

tahniah ita..lelaki lagi ye..belum rezeki nk dpt girl kot..anyway, tahniah la sebab berjaya NORMAL jgk ....pndai ko teran ta...aku punya turn plak lepas ni..doakan aku ye...makin dekat makin takut jek rasa..he..